KUALA LUMPUR 10 Dis. - Skuad Harimau Malaya giat menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pagi ini sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam malam esok.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan beraksi pada perlawanan akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Nasional sebelum pasukan negara bertandang ke Hanoi untuk pusingan kedua yang bakal menobatkan juara Asia Tenggara.
Perlawanan akhir ini bakal menyaksikan pertembungan sengit bukan sahaja antara kedua-dua pasukan tetapi juga para penyokong apabila semua 80,000 tiket sudah habis dijual pagi semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan