BARISAN pemain Vietnam bekerja keras mengekang asakan Mahmadou Sumareh dalam aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Membawa dua bekalan gol pastinya menjadi kelebihan kepada Vietnam namun jurulatihnya, Park Hang Seo tetap meluahkan kekecewaannya apabila seri 2-2 menentang Malaysia dalam aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah nyata bukan penghalang kepada skuad The Golden Dragons apabila mereka berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-22 hasil percubaan Nguyen Huy Hung sebelum Pham Duc Huy menggandakan jaringan selang tiga minit kemudian.
Gol Malaysia pula dijaringkan oleh Shahrul Saad pada minit ke-36 dan Safawi Rasid pada minit ke-61.
“Saya fikir pemain sudah memberikan aksi terbaik mereka dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kami berjaya menjaringkan dua gol namun pada masa kami dibolosi dua gol.
“Mengecewakan namun begitu kami tidak tewas jadi kami perlu mempersiapkan pasukan untum menghadapi aksi timbal balik nanti. Pemain saya bermain seperti yang dirancangkan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini hari ini.
Selepas ini Malaysia akan bertandang ke Stadium My Dinh bagi menghadapi aksi timbal balik pada Sabtu ini.-UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan