Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Disember 2018

Gol jaringan Syahmi dapat pujian Mufti WP


ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR: Jaringan cantik pemain muda Harimau Malaya, Syahmi Safari, 21, dalam perlawanan suku akhir kedua, Piala AFF Suzuki Cup 2018 malam tadi mendapat pujian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli menyifatkan gol dihasilkan anak jati Selangor berusia 20 tahun itu mirip jaringan legenda pemain bola sepak dari Brazil, Socrates.
“Gol Malaysia yang pertama oleh Syahmi Safari pada minit ke-29 mengingatkan saya kepada nostalgia gol jaringan bekas kapten Brazil, Socrates. Bagi saya, itu antara gol yang terbaik setakat ini,” katanya menerusi Twitternya hari ini.
Beliau antara jutaan peminat bola sepak Malaysia yang teruja dengan kejayaan skuad Harimau Malaya mara ke final Piala AFF.
Biarpun mencatat seri 2-2 menentang pasukan Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, kemenangan milik Malaysia berasaskan peraturan gol di tempat lawan.
Menurut Zulkifli, beliau sememangnya menjangkakan skuad kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe itu mampu mencatat kemenangan berdasarkan prestasi keseluruhan pemain ketika ini.
“Sejujurnya saya sudah dapat menjangkakan kemenangan ini selepas melihat prestasi keseluruhan pemain.
“Selain itu sinergi ‘coach’ Tan Cheng Hoe dan barisan pemain yang mantap menghasilkan natijah yang membanggakan semalam,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemain Harimau Malaya terus komited dan tidak leka dengan kemenangan yang dicapai.
“Syabas dan tahniah! Cuma, jangan leka dan terus membina semangat untuk melakar kejayaan yang sudah tertangguh beberapa tahun. Moga #HarimauMalaya akan menjadi juara #AFFSuzukiCup2018,” katanya.
Difahamkan, bakat Syahmi digilap dari sistem bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil, sebelum terpilih mewakili Harimau Muda C dan skuad B19 Selangor.
Beliau adalah tunggak utama skuad Piala Presiden Selangor dan pernah menyarung jersi skuad B19, B23 kebangsaan sebelum diserap dalam skuad utama Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan