Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

Final Piala AFF Suzuki 2018 : Johor Land (JLand) Anjur Tayangan Skrin Gergasi Di Tapak Ekspo Festival

Bagi menghangatkan lagi suasana final kedua Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam, Johor Land (JLand) mengambil inisiatif dengan menganjurkan tayangan skrin gergasi bertempat di Tapak Ekspo Festival JLand yang turut diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Johor Corporation.
 

Program yang julung kali diadakan adalah sebagai menghargai peminat Harimau Malaya yang berada di Johor Bahru selain bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kekeluargaan dengan menjadikan sukan sebagai medium utama.

Acara itu diadakan di Tapak Ekspo Festival JLand berhadapan AEON Mall Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

“Kami ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk turut bersama dengan rakyat Malaysia yang lain, untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya. Kami di JLand sangat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan ini.

“Selain itu juga, program ini diadakan untuk kita menjadikan sukan sebagai medium utama merapatkan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga sebagaimana kempen kami yang menggalakkan warga Johor Bahru untuk hadir dengan membawa keluarga mereka.

“Kami menyediakan teh tarik percuma sepanjang perlawanan berlangsung dan juga kuiz yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa kepada para pengunjung yang bertuah,” kata Pengurus Besar Pemasaran dan Dokumentasi Jualan JLand, Mohd. Hizam Abdul Rauf dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan