Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Disember 2018

Final AFF 2018: Doa pemain ke-12... [METROTV]



KEJAYAAN Harimau Malaya mara ke final Piala AFF 2018 turut dirasai ‘pemain ke-12’ malah mereka menaruh harapan tinggi agar Malaysia mampu menjadi juara edisi kali ini.
Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe semalam layak ke final selepas dua kali bangkit mengikat tuan rumah tetapi layak melangkah menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.
Ia adalah landasan terbaik buat Malaysia untuk memburu gelaran pertama sejak 2010 selepas melangkah ke final buat kali keempat.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jalil, Muhd Aminur Haziq berkata: “Malaysia berhak menang selepas menunjukkan corak permainan yang baik sewaktu menentang Thailand semalam, jadi saya harap aksi yang lebih baik ditampilkan sewaktu final nanti.
“Saya harap Harimau Malaya mampu menjuarai Piala AFF kali ini,” katanya.
Pelajar SMK Bukit Jalil, Muhd Haiqall Suliman:  “Malaysia beraksi dengan baik apatah lagi dengan gerakan serangan yang dilakukan ke pintu gol Thailand.
“Selepas berjaya tundukkan kuasa besar Thailand jadi saya dapat rasakan Harimau Malaya ada harapan besar untuk jadi juara AFF kali ini,” katanya.
Pelumba basikal trek negara, Eiman Firdaus Mohd Zamri:  “Saya bangga apabila lihat corak permainan Malaysia dengan Thailand dan saya harap Harimau Malaya mampu jadi juara AFF kali ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan