Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Disember 2018

FAM undang ‘King Gobal’ tiupkan semangat buat Harimau Malaya


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengambil inisiatif untuk mengundang bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk meniupkan semangat buat Harimau Malaya menjelang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Datuk K. Rajagobal merupakan ketua jurulatih yang pertama kali berjaya membimbing pasukan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki sepanjang penglibatan skuad kebangsaan dalam kejohanan itu sejak tahun 1996.
Difahamkan, beliau muncul untuk memberikan kata-kata semangat dan motivasi buat para pemain ketika waktu sarapan, pagi tadi. Antara turut kelihatan hadir bersama adalah Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal & Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Dato Posa Majais selaku penolong pengurus pasukan. 


Pada tahun 2010, Datuk K. Rajagobal berjaya memimpin Malaysia mengatasi pasukan Indonesia dengan mencatatkan kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Buikit Jalil sebelum tewas 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Namun kekalahan tersebut tidak dapat menafikan agregat 4-2 yang memihak kepada Malaysia seterusnya memberikan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 .
Ketika itu, Tan Cheng Hoe merupakan penolong kepada Datuk K. Rajagobal dan Norshahrul Idalan Talaha serta Khairul Fahmi Che Mat merupakan pemain kesebelasan utama beliau.

Kredit Foto: FAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan