Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

FAM siasat isu lebihan penonton


KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil, berdasarkan laman web rasmi mampu memuatkan 85,000 penonton tetapi ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam, semalam dimaklumkan bahawa jumlah penonton yang hadir adalah 87,141. 
Jumlah berlebihan itu menimbulkan ancaman keselamatan yang serius kepada mereka yang hadir ke stadium sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sekali gus mengundang kritikan netizen di media sosial.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan menerusi media sosial Facebook berkata, mereka akan bekerjasama dengan ibu pejabat polis daerah Cheras untuk menyiasat isu berkenaan. 
Dalam kenyataan yang sama, spekulasi yang hangat dipersoalkan di media sosial itu secara tidak langsung mencalarkan imej FAM. 
"Tindakan akan diambil berdasarkan spekulasi yang ditimbulkan di media sosial berhubung kelebihan kapasiti yang bukan saja merosakkan reputasi FAM tetapi mengancam keselamatan penonton.”
Sementara itu, Stuart turut memberi maklum balas terhadap limpahan penyokong Vietnam yang tidak mempunyai tempat duduk dua jam sebelum perlawanan akhir bermula. 
Stuart menjelaskan penyokong lawan kebiasaannya akan diberi 6,000 kerusi meliputi bahagian atas dan bawah di sebelah kanan kawasan tempat media namun Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) hanya mahu 3,500 tiket saja. 
"6,000 meliputi kerusi atas dan bawah namun mereka hanya meminta sebanyak 3,500 tiket jadi bahagian atas dibuka untuk penyokong tempatan. 
"Tapi berdasarkan kepada kepadatan jumlah penonton malam semalam ia nyata melebihi jumlah sepatutnya dan perkara itu akan disiasat dari mana tiket tambahan itu datang," kata Stuart yang tidak menolak kemungkinan peminat mendapatkan tiket dari sumber lain. 
Selain itu, 30 minit sebelum sepak mula perlawanan, tempat duduk media turut dibanjiri keluarga pemain bola sepak, rakan selain legenda bola sepak yang mendapat jemputan daripada FAM. 
Ia berlaku selepas tetamu diminta mengosongkan kerusi mereka untuk memberi ruang kepada penyokong Vietnam. 
Sejak dinaik taraf pada 2017, Stadium Nasional adalah yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di ASEAN dan ke-11 terbesar di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan