Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

FAM sedia beri kerjasama

KEHADIRAN penyokong yang menyaksikan perlawanan final pertama

KEHADIRAN penyokong yang menyaksikan perlawanan final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam menimbulkan tanda tanya apabila ada dalam kalangan penyokong terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk.

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong yang melebihi kapasiti ketika final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Netizen mencetuskan pelbagai persoalan di media sosial selepas mereka mendapati kepadatan luar biasa apabila ada dalam kalangan penyokong terpaksa berdiri sepanjang menonton perlawanan tersebut yang berkesudahan seri 2-2.
Ada dalam kalangan netizen mempersoalkan integriti individu yang bertanggungjawab menjaga tiket di pintu masuk stadium.
“Tindakan susulan diambil daripada pelbagai spekulasi di media sosial berhubung kebanjiran penyokong melebihi kapasiti yang bukan saja mencemarkan reputasi FAM tetapi turut mengancam keselamatan penyokong.
“Justeru, FAM mengambil maklum perkara ini dan akan memastikan insiden ini tidak akan berulang pada masa akan datang,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang dipetik daripada Facebook rasmi FAM di sini hari ini.
Kapasiti stadium tersebut selepas melalui proses pengubahsauaian untuk Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tahun lalu berjumlah 87,411 dan kehadiran semalam dicatatkan sebanyak 88,482 namun jumlah penyokong yang hadir dilihat lebih ramai daripada angka tersebut. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan