Apa sahaja demi Harimau Malaya.
Demi menzahirkan sokongan mereka kepada Harimau Malaya yang akan berjuang di Stadium My Dinh, empat sahabat, Mohd Abdul Rauf Husin, Azidi Dzahari, Weesyarn Cheisongkhram dan Manvinderjit Singh bakal memandu sejauh lebih kurang 3,010 kilometer pergi balik untuk menyaksikan perlawanan akhir kedua di antara Malaysia dan Vietnam. Mereka pada mulanya merancang untuk memandu terus sehingga ke Hanoi tetapi kekangan masa menyebabkan mereka mengubah perancangan mereka.
Rauf, Azidi, Weesyarn dan Manvin memulakan perjalanan mereka pada tengahari ini (Khamis) dan dijangka tiba di Bangkok selepas memandu hampir 24 jam untuk menaiki penerbangan ke Hanoi. Mereka juga akan memandu lebih 24 jam lagi untuk pulang ke Kuala Lumpur sehari selepas perlawanan akhir nanti dari Bangkok.
“Saya sudah pernah merasai pengalaman ‘awaydays’ menaiki bas ke Rajamangala ketika aksi separuh akhir. Memang satu perkara yang gila, tetapi cukup untuk buat saya ketagih untuk mengulanginya lagi. Merasai sendiri betapa bersemangatnya semua penyokong Malaysia di tempat lawan, membuatkan saya mahu merasainya lagi. Saya tidak kira apa yang terjadi, saya datang ke Hanoi demi Malaysia,” kata Azidi yang berasal dari Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan