Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Disember 2018

Durian runtuh menanti Harimau Malaya

PEMAIN Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh, Nazirul Naim Che Hashim, Akram Mahinan dan Adam Nor Azlin


PEMAIN Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh, Nazirul Naim Che Hashim, Akram Mahinan dan Adam Nor Azlin bersama rakan sepasukan menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - UTUSAN ONLINE/ ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Durian runtuh bakal menanti barisan pemain bola sepak negara yang akan berjuang dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018, malam ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan untuk memperuntukkan insentif berdasarkan pencapaian cemerlang pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
STEVEN SIM CHEE KEONG

STEVEN SIM CHEE KEONG 




Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah bentuk habuan atau insentif yang akan diberikan kelak.
“Saya rasa perkara itu tidak ada masalah yang penting adalah kita memberi sokongan kepada pemain kita.
“Fokus kita sekarang adalah kepada perlawanan, imbuhan itu kita bincang kemudian dan saya rasa tiada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Malaysia bakal berdepan tentangan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum bertandang ke gelanggang lawan Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan