Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Doa Mufti buat Harimau Malaya


MUFTI Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA TERENGGANU: Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda adalah antara jutaan peminat bola sepak negara yang menuntut pemain Harimau Malaya beraksi dengan baik sekali gus mengatasi Vietnam pada final pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
“Saya doakan pasukan negara berjaya melakar kemenangan pada aksi final itu.
“Sukar untuk saya ramalkan jumlah jaringan, tapi saya jangkakan pasukan negara mampu menang 1-0,” kata Dr Zulkifly kepada Sukan NSTP.
Sebelum ini pasukan negara bimbingan Tan Cheng Hoe mendapat pujian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri susulan kejayaan melangkah ke final Piala AFF.
Dr Zulkifly yang juga ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu berkata, jika semua pemain Harimau Malaya mengenakan pakaian patuh syariah ketika beraksi malam esok ia lebih baik.
“Saya amat bersetuju jika pemain negara yang beragama Islam memakai pakaian menutup aurat ketika turun beraksi menentang Vietnam,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan