Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Cheng Hoe yakin


KUALA LUMPUR: Status selaku pasukan 'underdog' bukan hanya mampu membawa tuah, malah boleh memberikan ketenangan kepada anak buah Tan Cheng Hoe ketika mereka akan menentang Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Bagi Cheng Hoe status berkenaan bukan hanya mengurangkan tekanan dalam kalangan anak buahnya namun jika mereka meraih kemenangan maka ia akan menjadi lebih istimewa.
“Memang menjadi impian kami untuk beraksi di final dan menang dalam perlawanan berkenaan, namun saya d dengan kebolehan pemain dan tiada apa yang merugikan jika kami kalah.
“Biarpun, semua orang menganggap kami selaku pasukan 'underdog', namun kami akan tetap akan meneruskan bermain dan berseronok dalam perlawanan berkenaan," katanya.
Ramai beranggapan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu lalu sebagai memberi tekanan tambahan 'tidak perlu' kepada pemain, namun Cheng Hoe percaya anak buahnya mampu mengendalikan situasi berkenaan dengan baik.
“Saya percaya pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan mereka mampu menyerap tekanan dan bertenang menghadapi perlawanan akhir. 
"Perbezaan antara semua ini hanya perlawanan akhir dan pemain saya sudah bersedia menghadapinya dan akan kekal fokus," katanya.
"Ia berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini, ini adalah aksi final dan pemain sudah bersedia dan fokus untuknya," katanya.
Cheng Hoe yang pernah menikmati kemenangan pada Piala AFF ketika bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagobal pada 2010 mahu melihat anak-anak buahnya meledak gol dalam timbal balik pertama dan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.
"Apa yang lebih penting pemain perlu fokus untuk aksi pertama kerana kita tidak boleh mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri selepas mempelajari beberapa kesilapan daripada aksi terdahulu," katanya.
Bekas pengendali Kedah itu turut menegaskan semangat pasukan berada dalam keadaan terbaik tatkala kombinasi dan keserasian pemain memuncak tepat pada masanya dan ini menjadi antara sebab utama trofi ini boleh kembali ke bumi Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan