Reaksi itu ditujukan kepada penyokong Malaysia yang mula berkampung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sejak 12 tengah malam tadi bagi mendapatkan tiket final Piala AFF Suzuki 2018.
Jam 1.45 pagi, penyokong yang telah berkampung di SNBJ mencecah ribuan orang. Kaunter A merupakan barisan yang paling panjang dipenuhi dengan para penyokong Harimau Malaya.
Berdasarkan perkongsian daripada Keeshanan Sunadresan melalui laman twitternya, para penyokong melakukan persiapan awal dengan membawa makanan, minuman dan juga khemah bagi menunggu kaunter yang dijadualkan dibuka pada jam 10 pagi, hari ini.
308 people are talking about this
Incredible scenes at the Bukit Jalil Stadium. These were taken at about 1.45am and there are thousands spending their night in queues for tickets to the #AFFSuzukiCup18 final.
Food, drinks have all been packed. Some even brought mini tents.
Here are some observations:
Bagi Tran Van Trung, beliau tidak pernah menyaksikan kegilaan peminat bola sepak sehingga ke tahap sebegini. Walaupun di tanah airnya sendiri.
“Saya tak pernah lihat (suasana) ini, orang ramai beratur sejak tengah malam, beberapa jam sebelum daripada kaunter dibuka.
“Ini lebih gila daripada penyokong Vietnam!
“Saya harap kesemua mereka yang beratur berjaya membeli tiket seterusnya dapat menyaksikan perlawanan yang hebat di Bukit Jalil.” katanya.
Beliau turut ditanyakan mengenai cara penjualan tiket di negaranya. Beliau memberikan respon berikut,
“Di Vietnam, kami hanya menjual tiket secara fizikal semasa peringkat kumpulan. Bagi aksi separuh akhir dan perlawanan akhir, semua tiket dijual secara online.” jelasnya.
Sebelum ini, FAM telah mengumumkan sebanyak 40,000 keping tiket untuk perlawanan di antara Malaysia menentang Vietnam telah terjual secara online pada Jumaat dan Sabtu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan