Pemain tengah negara Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak mengejar masa untuk bermain di perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Vietnam di Stadium Nasional di Bukil Jalil esok. Aidil mengalami kecederaan ‘hamstring’ semasa perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata beliau akan kecewa jika tidak dapat beraksi dalam perlawanan akhir itu selepas Berjaya menjalankan tugas membantu Harimau Malaya layak ke perlawanan akhir.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata beliau akan kecewa jika tidak dapat beraksi dalam perlawanan akhir itu selepas Berjaya menjalankan tugas membantu Harimau Malaya layak ke perlawanan akhir.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada Vietnam dalam pusingan pertama perlawanan akhir di Stadium Nasional esok sebelum memulakan perjalanan ke Hanoi untuk pusingan kedua pada hari Sabtu.
"Saya semakin pulih. Jika saya tidak 100% cergas, Irfan (Zakaria) atau Adam Nor Azlinboleh masuk menggantikan saya.” kata Aidil.
"Mereka belum bermain banyak perlawanan tetapi jika mereka dapat fokus, mereka boleh menjalankan tugas dengan baik dalam perlawanan akhir.
“Saya menasihatkan mereka untuk bertahan dan tidak gementar walaupun bermain di perlawanan akhir adalah berbeza kerana macam-macam boleh berlaku. Mereka perlu terus fokus untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang kecil akan memberi padah.
Aidil menggesa rakan-rakannya untuk kekalkan perancangan dan corak permainan mengikut jurulatih Tan Cheng Hoe ketika melawan Vietnam nanti. Malaysia kali terakhir tewas dengan Vietnam 2-0 di peringkat kumpulan.
Dahulu kita bermain di Hanoi, sekarang kita bermain di laman sendiri dan sudah suasananya berbeza sekali. Kami akan memberi kejutan terhadap Vietnam dan membawa kelebihan dan bekal ke Hanoi nanti. Para pemain gembira dan selesa kerana mereka dapat memahami taktik jurulatih. Kami mempunyai rentak dan keyakinan untuk menang. Falsafah ini harus diteruskan untuk ke peringkat kelayakan Piala Dunia dan kejohanan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan