Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 8 Disember 2018

Aidil Zafuan Berhajat Besar Menjulang Piala AFF Untuk Pertama Kali Buat Dirinya

Bek tengah negara, Aidil Zafuan Abd. Radzak sudah mula mencongak nasibnya pada masa depan, dan tonggak Harimau Malaya itu begitu mengidamkan Piala AFF 2018 kerana pada usia 31 tahun, dia bersikap realitik dan berasakan final pada kali ini mungkin menjadi pentas terakhirnya bersama skuad kebangsaan.
 

Sebelum bermula kempen Piala AFF lagi, pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyimpan impian untuk mendakap trofi tersebut, dan ternyata hajatnya itu semakin menjadi kenyataan apabila Harimau Malaya berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan Vietnam sebagai pencabar mereka.

Peluang itu mahu dimanfaatkan sepenuhnya Aidil bagi merangkul gelaran ‘Raja Asia Tenggara’, sekali gus membantu melengkapkan kabinet trofinya selepas mengharungi karier yang penuh gemilang bersama JDT.

“Ini final pertama bagi saya jadi sudah tentu saya tidak boleh mensia-siakannya. Pada usia 31 tahun, saya sendiripun tidak tahu sama ada akan terus diberi peluang beraksi dalam skuad kebangsaan bagi kejohanan edisi yang seterusnya dua tahun lagi.

“Ini satu-satunya trofi yang belum pernah saya menang jadi semestinya saya begitu mahukan ia dapat di bawa pulang ke Malaysia,” katanya.

Pemain itu telah memperagakan aksi mantap apabila berjaya membentuk pertahanan kental bersama Shahrul Saad, menyaksikan skuad negara hanya dibolosi lima gol sepanjang kempen kali ini.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya ketika beraksi di separuh akhir kedua sehingga terpaksa dikeluarkan oleh Tan Cheng Hoe pada babak pertama ketika bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, pasti menghadirkan kegusaran buat kem negara bagi menghadapi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

“Setakat ini, saya tidak tahu lagi tahap kecederaan dan saya akan berjumpa doktor untuk menilai sama ada ia serius atau tidak. Jadi saya akan menjalani proses pemulihan supaya dapat pulih sepenuhnya. Saya berharap kecederaan hamstring yang dialami ini tidak serius. Apapun, saya optimis tempoh masa yang ada cukup untuk saya pulih,” jelasnya.

Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan