Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 17 Disember 2018

ACL2019 : Semi-Finalist FIFA Club World Cup 2018 Bakal Berada Sama Kumpulan Dengan JDT ?

Tujuh buah kelab menyertai kejuaraan FIFA Club World Cup 2018 yang sedang berlangsung sekarang di UAE (United Arab Emirates). Antara yang bertanding adalah juara 2017 iaitu Real Madrid.

Kashima Antlers selaku juara AFC Champions League 2018 merupakan wakil tunggal dari Asia yang nenggunakan slot juara ACL2018. Kelab Al-Ain turut serta tetapi menggunakan slot tuan rumah. 

Menariknya FIFA Club World Cup 2018 kali ini, kedua-dua wakil dari benua Asia itu mara ke peringkat separuh akhir. 


Kashima Antlers berjaya mara ke separuh akhir yang akan berlangsung pada 20 Disember ini pukul 12.30 pagi setelah mengalahkan Guadalajara Chivas dari Mexico dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan suku akhir.

Separuh Akhir FIFA CWC 2018

Pada separuh akhir 20 Disember tersebut, Kashima Antlers akan bertemu Real Madrid untuk menentukan pasukan yang akan mara ke perlawanan akhir.

Kashima Antlers, dalam saingan AFC Champions League 2019 (ACL), masih belum mengesahkan tempat lagi ke peringkat kumpulan sehingga hari ini.

Kashima terpaksa lalui perlawanan playoff 4 terlebih dahulu sebelum dapat melayakkan diri ke kumpulan ACL 2019. Dalam perlawanan playoff pada 19 Februari 2019 nanti, Kashima akan melawan pemenang sama ada Home United, Persija Jakarta atau Newcastle Jets.


Kashima Antlers menjadi pasukan pilihan untuk memenangi playoff 4 tersebut dan sekiranya menang maka Kashima akan masuk ke dalam Kumpulan E bersama-sama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Gyeongnam FC dan pemenang playoff 2 (pilihan adalah Shandong Luning).

Anda sudah jelas kedudukan JDT dalam Kumpulan E ? Sudah bayangkan laluan yang akan ditempuhi oleh JDT nanti ? Oleh kerana itu JDT sudah dan sedang membuat persiapan awal dan rapi dengan mengambil pemain import baharu untuk musim hadapan selain dari membuat perlawanan ujian di Thailand.

Dan sekiranya Kashima Antlers menang playoff 4 itu, maka Kashima Antlers adalah pasukan pertama yang akan melawan JDT di Kashima Soccer Stadium, Kashima pada 05 Mac 2019. Ia satu rekod bagi JDT dan bola sepak Malaysia dalam sejarah saingan ACL. 

Jika diikut persiapan JDT menjelang ACL 2019, JDT agak bernasib baik kerana sudah memulakan saingan dalam Liga Super 2019 agak awal iaitu pada 02 Februari 2019, di mana JDT akan bertemu Perak salam merebut Piala Sumbangsih 2019.

Sebelum perlawanan pertama ACL 2019, JDT sudah pun sebulan atau mungkin 5 atau 6 perlawanan berada dalam Liga Super yang boleh dianggap sebagai perlawanan pemanas badan JDT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan