2,800 Keping 'Tiket Viral' Adalah Peruntukan Untuk Penyokong Vietnam
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memberi penjelasan mengenai gambar dan posting facebook milik Nur Iman Dzakirah atau nama sebenarnya Irawati Binti Abdullah yang telah viral di media sosial sejak malam tadi.
Pihak FAM telah segera melakukan siasatan dan dengan ini mengesahkan bahawa Irawati hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam bersama-sama delegasi dari Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) bagi mengambil tiket yang telah dibeli di bawah peruntukan untuk penyokong pasukan pelawat, Vietnam.
Berdasarkan perjanjian antara FAM dan VFF, pihak FAM akan memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket untuk dijual kepada penyokong Vietnam bagi Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam ini manakala pihak VFF akan memperuntukkan 3,000 keping tiket juga untuk dijual kepada penyokong Malaysia bagi Final 2 di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.
Justeru, gambar berkenaan sebenarnya tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah pembelian yang sah untuk penyokong pelawat, Vietnam dan bukannya dibeli secara pukal untuk dijual kepada penyokong pasukan tuan rumah, Malaysia seperti tanggapan umum selepas perkara ini viral malam tadi.
Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan