Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 7 Disember 2018

20,000 tiket habis sekelip mata

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. - NSTP/Mahzir Mat Isa
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 20,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini sudah terjual.
Jumlah itu hanya merangkumi penjualan secara dalam talian yang mula dijual sejak pagi tadi, dengan jualan secara fizikal dijangka akan dibuat pada Ahad ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya terpaksa menambah 10,000 lagi tiket untuk dijual secara dalam talian hari ini.
“Atas tindakan www.tickethotline.com.my yang melakukan ujian sistemnya setengah jam lebih awal bagi jualan aksi final pertama (berbanding perancangan awal) yang sepatutnya bermula jam 9 pagi tadi, 20,000 keping tiket sudah pun habis terjual dalam masa sangat singkat.
“Atas sebab itu, FAM mengambil pendekatan menambah 10,000 keping tiket yang akan dibuka penjualannya secara dalam talian, menjadikan hanya baki 10,000 keping akan dijual secara pada jam 9 pagi esok hingga habis kuota yang ditetapkan itu.
“Seterusnya, baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini. Info lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan