PEMAIN tengah negara, Akhyar Rashid (dua dari kiri) terjatuh semasa merebut bola dengan penyerang Vietnam Nguyen Cong Phuong (kiri) dalam saingan Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Jumaat lalu. - AFP
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Skuad Vietnam menerima durian runtuh berjumlah 1.1 bilion dong (RM198,142) sumbangan daripada pelbagai organisasi susulan menumbangkan Malaysia 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF, Jumaat lalu.
Selepas menang ke atas Malaysia, Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hung Dung membuat keputusan untuk memberikan bonus bernilai 600 juta dong (RM108,078) kepada pasukan kebangsaan atas usaha mereka dalam saingan Piala AFF.
Ganjaran tersebut dijangka menyuntik semangat pasukan kebangsaan untuk mengharungi Piala AFF, sekali gus memperoleh keputusan baik dalam kejohanan rantau Asia Tenggara itu.
Bukan itu sahaja, pasukan kebangsaan turut menerima sumbangan 500 juta dong (RM90,065) daripada syarikat swasta, menjadikan jumlah sumbangan bernilai 1.1 bilion dong.
Seperti dijadualkan, Vietnam akan berlepas ke Myanmar pada Sabtu lalu untuk persediaan berdepan tuan rumah dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Piala AFF hari.- AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan