Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 11 November 2018

Usah terlalu ghairah – Cheng Hoe

SKUAD Harimau Malaya giat menjalani latihan menjelang pertemuan

SKUAD Harimau Malaya giat menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Laos pada aksi kedua Kumpulan A kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya agar tidak terlalu ghairah melakukan sera­ngan apabila menentang Laos bagi aksi kedua Kumpulan A kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.
Meskipun skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 pada aksi pembukaan ketika menentang Kemboja minggu lalu di Phnom Penh, namun Cheng Hoe sentiasa meng­ingatkan para pemainnya agar berwaspada meskipun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Bekas pengendali skuad He­lang Merah itu percaya setiap kesilapan pemain pastinya akan dihukum oleh pasukan Laos yang sentiasa mengintai peluang untuk melakukan serangan balas pantas.
“Saya menasihatkan semua pemain agar tidak terlampau ghairah dan kelam-kabut ketika mela­kukan asakan kerana skuad negara pastinya bakal dihukum dengan serangan balas pantas pihak lawan.
“Saya harap pemain dapat menunjukkan keyakinan tinggi bagi aksi kedua kali ini kera­na pastinya kita mahukan mata yang paling maksimum pada setiap perlawanan,” katanya ditemui di Bukit Jalil semalam.
Cheng Hoe juga memasang harapan tinggi kepada pemain-pemainnya untuk beraksi serta mempamerkan persembahan seperti diharapkan oleh semua penyokong yang hadir ke sta­dium nanti.
“Jika bermain dengan baik sekalipun tetapi tidak menjaringkan gol, ia tetap tidak memberikan sebarang makna dan kemenangan buat pasukan.
“Kali ini saya mahu melihat pemain bermain sehabis baik di Bukit Jalil kerana perkara sama juga merupakan keinginan dan harapan yang ada dalam diri penyokong,” katanya.
Skuad negara kini memasang harapan tinggi untuk mengumpul mata maksimum sebelum ujian sebenar Malaysia bertemu skuad pilihan, Vietnam di Hanoi (16 November) dan menutup kempen Kumpulan A menentang Myanmar di laman sendiri, 24 November ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan