TEMPOH PENDAFTARAN PERTAMA LIGA MALAYSIA 2019 AKAN DIBUKA 29 NOVEMBER INI
----------
----------
Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengumumkan tarikh bagi Tempoh Pendaftaran Pertama (Jendela Perpindahan Pertama) yang akan dibuka selama 12 minggu bermula dari 29 November 2018 (Khamis) sehingga 20 Februari 2019 (Rabu).
Walau bagaimanapun, setiap pasukan wajib mendaftar minimum 20 orang pemain (termasuk 3 penjaga gol) pada atau sebelum 10 Januari 2019 (Khamis). Ianya bertujuan bagi setiap pasukan bersedia secukupnya bagi menghadapi perlawanan pertama unifi Liga Super dan 100PLUS Liga Premier yang dijangka akan bermula pada minggu pertama bulan Februari 2019.
Setiap pasukan akan membuat pendaftaran bagi pegawai dan pemain dengan menggunakan Sistem MyPAS seperti biasa. Penetapan tarikh tempoh pendaftaran pemain dan pegawai ini selaras dengan ketetapan peraturan FIFA mengenai status dan perpindahan pemain.
Sehubungan itu dengan tempoh 12 minggu pendaftaran pertama yang diberikan, pasukan dapat membuat persediaan rapi bagi membuat pemilihan pemain yang tepat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia untuk musim 2019.
Pasukan harus menggunakan peluang ini sebaik-baiknya bagi memastikan tahap kualiti pemain yang didaftarkan mencapai tahap yang diperlukan untuk bersaing dan dalam masa yang sama tidak terbeban dengan kos yang tinggi pada musim hadapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan