Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 23 November 2018

Tekanan tetap ada - Farizal


FARIZAL Marlias. - NSTP/Adzlan Sidek

KUALA LUMPUR: Penjaga gol negara, Farizal Marlias tidak menganggap Harimau Malaya memiliki banyak kelebihan walaupun beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF berdepan Myanmar, esok.
Sebaliknya, tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan Harimau Malaya tetap berdepan tekanan untuk menundukkan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Bukan mudah untuk berdepan Myanmar. Bezanya kami bermain di gelanggang sendiri tapi ia bukan  kelebihan buat kami keranan tekanan tetap ada dan ia mengenai bagaimana kami perlu atasi tekanan itu.
“Saya percaya semua pemain akan mempamerkan persembahan terbaik, memberikan segala-galanya untuk kami mara ke separuh akhir,” katanya pada sidang media, hari ini.
Farizal turut menegaskan dia bersedia sepenuhnya jika menjadi pilihan jurulatih Tan Cheng Hoe untuk menjaga gawang Harimau Malaya bagi aksi berdepan Myanmar. 
“Kami semua sudah melakukan persiapan terbaik dan jika diberi peluang, kami akan memikul tanggungjawab itu. Saya sendiri juga sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.
“Kami percaya terhadap kerjasama berpasukan dan bukan hanya kemahiran individu kerana ia menjadi perkara paling utama untuk mengharungi perlawanan esok.
“Komitmen semua pemain berada pada tahap tertinggi dan kami tahu ini perlawanan terakhir kami sebelum ke peringkat seterusnya,” katanya.
Walaupun Cheng Hoe dilihat lebih meletakkan kepercayaan terhadap Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol dalam tiga perlawanan sebelum ini, Farizal masih berharap dapat berada dalam skuad utama esok. 
Malah, dia turut berharap seluruh penyokong Harimau Malaya dapat membanjiri stadium demi menaikkan lagi semangat semua pemain.
“Penyokong sentiasa memainkan peranan besar terhadap kejayaan pemain, jadi saya sangat berharap mereka datang ke stadium dan memberi sokongan padu buat pasukan pada aksi terakhir peringkat kumpulan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan