Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 November 2018

'Tak fit' saya gugurkan!


KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memberi peringatan tidak akan teragak-agak menggugurkan mana-mana pemain yang tidak berada di tahap kecergasan terbaik apabila melaporkan diri pada kem latihan pusat 29 November ini.
Seramai 30 pemain berusia bawah 21 tahun disenaraikan kali ini sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper 2018 bermula 10 hingga 19 Disember ini di Nah Trang City, Vietnam.
Hanya pemain B-21 dipanggil kerana mereka bakal menggalas misi negara di pusingan kelayakan AFC B-23 pada Mac tahun depan di Kuala Lumpur.
Menurut Kim Swee, latihan pusat pertama itu penting sebelum bertolak ke Vietnam dan dengan masa yang agak singkat, beliau tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa kepada aspek kecergasan pemain.
"Saya tahu sekarang Liga Malaysia berehat sebelum musim baharu dan ramai pemain sedang bercuti tapi saya mahu mereka tetap mengekalkan kecergasan masing-masing.
"Senarai pemain saya sudah umumkan tiga minggu lebih awal, jadi saya mahu semua pemain bersiap sedia, mengambil inisiatif sendiri dalam memastikan tahap kecergasan di tahap terbaik. Jika ada pemain yang mempunyai masalah kecergasan.
"Saya hanya mempunyai masa 10 hari saja untuk mempersiapkan pasukan dan saya hanya mahu bawa 20 pemain terbaik ke sana," katanya.
Kali terakhir Malaysia bertanding di Piala Newspaper pada tahun 2014. 
Malaysia juga berjaya merangkul kejuaraan pada tahun 2012, ketika itu di bawah kendalian Kim Swee.
Kejohanan ini antara persiapan skuad muda negara dalam menghadapi pusingan kelayakan AFC B-23 di mana Malaysia diundi bersama China, Laos dan Filipina dalam misi memburu slot 16 pasukan terbaik untuk mara ke pusingan terakhir di Bangkok Thailand pada Januari 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan