Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 23 November 2018

Safawi Rasid Lebih Mementingkan Kemenangan Buat Pasukan Malaysia Malam Esok

Berikut adalah terjemahan dari wawancara wartawan The Star bersama penyerang dan sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Hanya satu sahaja dalam pemikiran Safawi Rasid iaitu membawa kemenangan kepada Malaysia dan seterusnya ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) masih buntu dan belum mencetak sebarang gol dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini. Namun Safawi mahu menyumbang kepada kemenangan Malaysia malam esok ketika bertemu Myanmar di Stadium Bukit Jalil.

“Mungkin nasib masih belum menyebelahi saya tapi ia ok tiada masalah. Saya tidak hirau siapa yang dapat menjaringkan gol nanti ketika melawan Myanmar. Apa yang penting, sebagai satu pasukan, kita hanya mahu jaringkan gold an menang.”

Safawi menambah beliau perlu memperbaiki sentuhan akhir beliau (finishing) dan lebih tajam dan tepat di hadapan gol.

“Pemain-pemain dalam keadaan bersemangat tinggi kerana mereka tahu ia adalah perlawanan penting untuk negara.”

“Kemenangan akan menjamin tempat separuh akhir. Penyokong tertunggu-tunggu dan mahu melihat kita mara ke peringkat kalah mati dan kita percaya kita boleh mendapat 3 mata penting malam itu.” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan