Baru-baru ini tular di medial sosial mengenai perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa bintang muda negara, Akhyar Rashid ditawarkan gaji RM70, 000 untuk menyertai pasukan juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.
Mengulas mengenai isu tersebut, abang Akhyar yang juga merupakan bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid menafikan beliau terlibat dalam perbualan WhatsApp itu sambil menganggap ada pihak yang cuba memfitnah adiknya.
“Mereka sudah edit (ubah perbualan), ia bukan WhatsApp saya.
“Depa (mereka) tular macam-macam lanie (sekarang). Saya pening.
“Saya pun tidak tahu apa motif buat macam ini. Ramai nak tau (ingin tahu) Mat Yat (Akhyar) pergi JDT atau dak (tidak), sebab tu depa buat cerita macam-macam. Saya lanie nak cakap pun payah (susah),” kata Rafdi kepada Utusan Malaysia.
Akhyar yang kini bersama skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF 2018 difahamkan akan menyertai JDT musim depan biarpun masih mempunyai kontrak bersama Kedah hingga 2019.
KFA mahu bincang dengan Akhyar Rashid selepas tamat kempen Piala AFF
Sumber daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengharapkan pemainnya itu bersikap professional dengan hadir berbincang kerana beliau masih mempunyai baki kontrak setahun.
Kredit: FMLLP, Facebook.
“Kita perlu saling hormat menghormati kerana dia dan KFA masih terikat dengan satu tahun kontrak lagi sehingga 2019. “Kita berharap dia hadir berjumpa kita dan selesaikan segala perancangan kerana kita yang bentuk dia dan tak akan kita nak lepaskan dia begitu sahaja. “Jadi kalau betul ada tawaran, kena lah bersikap professional dan datang bincang, dedek dengan kita dan bawa surat dari kelab mana yang buat tawaran.” kata sumber dalaman KFA. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada pihak JDT mengenai kemasukan Akhyar sebagai pemain baharu pasukan itu.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan