Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 23 November 2018

Previu Piala AFF 2018: Misi Wajib Menang Harimau Malaya Ke Atas Myanmar Malam Ini


Malaysia ataupun Harimau Malaya akan berentap dengan Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan – Piala AFF 2018. Sebelum sepak mula, ini adalah kedudukan dalam kumpulan A:

Daripada carta kedudukan di atas ini, jelas sekali Malaysia hanya ada 1 pilihan untuk mara ke pusingan kalah mati, iaitu menang ke atas Myanmar. Sebarang keputusan selain daripada kemenangan oleh Harimau Malaya, kita akan tersingkir awal.
Rekod pertemuan
Sejak Oktober 2003, kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 9 kali. Dan rekod kedua-dua pasukan sangat seimbang. Masing-masing mencatatkan 3 kemenangan, 3 seri dan 3 kekalahan.
Daripada tempoh yang sama juga, kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 5 kali dalam perlawanan kompetitif (bukan persahabatan). Myanmar menang 2 kali berbanding Malaysia yang hanya sekali menang dalam aksi kompetitif menentang Myanmar. 2 lagi pertemuan berakhir seri (rekod untuk 90 minit sahaja).
Perlawanan terakhir di antara Malaysia dan Myanmar adalah dalam aksi persahabatan pada 29 Ogos 2017, Myanmar menang 1-0.

Statistik di hadapan gol
Malaysia setakat ini menjaringkan 4 gol daripada 3 perlawanan. Penjaring terbanyak Harimau Malaya ialah Norshahrul Idlan Talaha dengan 3 gol setakat ini. Beliau berada di ranking ke-2 untuk persaingan kasut emas bersama dengan Safuwan Baharudin.
Malaysia’s Norshahrul Idlan Talaha (9)celebrates his second goal during the AFF Suzuki Cup group A between Malaysia and Laos.He scored 2 goals during the match and Malaysia won by 3-1 November 12,2018.
Picture by — Ahmad Zamzahuri
Sementara itu, Myanmar adalah pasukan yang paling prolifik dalam kumpulan A dengan 7 gol daripada 3 perlawanan setakat ini. Mereka ada 6 penjaring berbeza. Menjadikan mereka pasukan paling banyak senarai pemain menjaringkan gol setakat ini. Penjaring terbanyak mereka ialah Hlaing Bo Bo dengan 2 gol setakat ini.

Prestasi pertahanan
Untuk 3 pasukan yang mencabar tempat ke pusingan separuh akhir, Malaysia paling banyak bolos dalam kumpulan A dengan 3 bolos.
Namun begitu Myanmar pula dibolosi sebanyak 2 kali. 2 bolos itu masing-masing daripada perlawanan menentang Laos dan Kemboja.
Malaysia pula bolos 2 kali di tangan Vietnam dan sekali di tangan Laos.
Sebelum wisel
Malaysia pada malam in akan disokong puluhan ribu penyokong. Pengendali Myanmar sudah sedia maklum akan perkara itu dan berharap anak buahnya tak akan tenggelam dalam sorakan peminat Harimau Malaya.
Misi Malaysia adalah untuk menang perlawanan ini bagi membolehkan kita mara ke separuh akhir. Sementara itu Myanmar pula hanya memerlukan seri. Jika kalah mereka pastinya mengharapkan Vietnam tewas di tangan Kemboja di My Dinh.
Selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan