Itulah soalan yang begitu popular ketika ini tatkala skuad negara berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Persoalan itu sudah pun terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan menerusi laman Facebook rasmi badan induk bola sepak tersebut bahawa tiket perlawanan separuh akhir 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh didapati secara dalam talian (online) bermula esok di www.tickethotline.com.my.
Proses penebusan tiket boleh dibuat di kaunter penebusan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilaporkan akan dibuka pada hari Khamis hingga hari perlawanan pada Sabtu nanti.
Bagi penjualan tiket di kaunter pula, FAM menjangkakan ia akan mula dijual pada 29 November (Khamis) kerana tiket yang dicetak di Bangkok itu hanya akan tiba pada malam 28 November tersebut.
Saluran jualan tiket di kaunter akan melibatkan kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil, kaunter tiket khas di Wisma FAM, Kelana Jaya serta outlet terpilih Al-Ikhsan (Khamis dan Jumaat).
Proses penjualan pada hari perlawanan (Sabtu) di Stadium Nasional Bukit Jalil akan diteruskan sekiranya terdapat lebihan tiket yang masih belum terjual.
Untuk makluman, harga tiket bagi dewasa adalah RM30 untuk tempat duduk terbuka manakala RM40 bagi pentas utama (grandstand). Kanak-kanak hanya dikenakan tiket RM5.
Foto: FAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan