Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 1 November 2018

Perkembangan F:30 diumum setiap 3 bulan


DATUK Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas majlis pelancaran F:30 di ibu negara, semalam. - Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju F:30 menjadi agenda utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan perkembangan program akan diumumkan kepada umum setiap tiga bulan.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan perkembangan program itu akan sentiasa dipantau oleh ahli majlis yang sudah dilantik bagi memastikan ia sentiasa mengikut perancangan dan berada pada laluan yang tepat.
“Kita sudah melantik dua Naib Presiden, Datuk Ab Ghani Hassan dan Mohd Joehari Ayub; Pengarah Teknikal, Peter de Roo; Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam dan seorang lagi individu untuk memantau program ini.
“Tidak ada gunanya jika ada hala tuju tetapi kita tidak mengikutinya. Jadi setiap tiga bulan, kita akan membentangkan perkembangannya dalam mesyuarat dan di laman sesawang sehinggalah 2030,” kata Hamidin pada sidang media selepas majlis pelancaran F:30 di ibu negara, semalam.
Mengulas lanjut kerjasama yang dituntut oleh FAM kepada ahli gabungannya, Hamidin optimis semua ahli gabungannya akan membantu badan induk itu dalam merealisasikan misi yang disasarkan.
“Hala tuju ini memang penting buat kita jika kita mahu meningkatkan tahap bola sepak kita. Tetapi saya rasa kita tidak akan berdepan masalah dengan sokongan daripada ahli gabungan.
“Saya akan berjumpa semua presiden ahli gabungan pada 12 November ini,” katanya.
Terdahulu, F:30 yang dilancarkan semalam adalah Peta Hala Tuju FAM dalam tempoh 12 tahun dan antara inti patinya ialah menetapkan Harimau Malaya kembali ‘mengaum’ sebagai antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.
Peta hala tuju itu terbahagi kepada tiga pelan strategik merangkumi fasa pertama (2019-2022) untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan, pembangunan modal insan dan infrastruktur, disusuli fasa kedua (2023-2026) untuk mencapai peringkat Asia.
Fasa ketiga (2027-2030) pula bertujuan melahirkan pasukan kebangsaan yang bertaraf dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan