Sedia turunkan Sumareh jika mampu bantu Malaysia catat keputusan positif
TAHAP kecederaan Sumareh (dua dari kanan) akan dinilai dalam tempoh dua hari sebelum Malaysia turun menentang Vietnam dalam saingan Piala AFF Suzuki di Hanoi esok.
KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) mendedahkan, beliau telah bersedia mengambil risiko untuk menurunkan Mohamadou Sumareh jika penyerang Pahang itu mampu membantu pasukan negara mencatatkan keputusan positif pada aksi menentang Vietnam di Hanoi esok.
Sumareh terlepas aksi ketika skuad kebangsaan menewaskan Laos 3-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Isnin lalu gara-gara ditimpa masalah kecederaan hamstring.
Para penyokong mengharapkan Sumareh dapat diturunkan bertemu pasukan pilihan, Vietnam selepas dia menunjukkan persembahan positif ketika menewaskan Kemboja 1-0 pada aksi pertama peringkat kumpulan.
Mengulas mengenai peluang Sumareh, Cheng Hoe tidak menolak beliau telah bersedia mengambil risiko itu jika perlu memandangkan kemenangan ke atas Vietnam menjamin pasukan kebangsaan layak ke pusingan separuh akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan