Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 24 November 2018

Tekanan Tetap Tinggi Untuk Pasukan Negara – Farizal


Penjaga gol pasukan negara, Farizal Marlias berkata tekanan yang dihadapi oleh pasukan tetap tinggi walaupun beraksi di laman sendiri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A menentang pasukan Myanmar hari ini.
Menurut Farizal, penting untuk para pemain mengatasi tekanan tinggi itu bagi memastikan pasukan negara memperoleh keputusan positif sekaligus mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018.
“Bukan mudah untuk berdepan Myanmar. Bezanya kami bermain di gelanggang sendiri tapi ia bukan kelebihan buat kami keranan tekanan tetap ada dan ia mengenai bagaimana kami perlu atasi tekanan itu.
“Saya percaya semua pemain akan mempamerkan persembahan terbaik, memberikan segala-galanya untuk kami mara ke separuh akhir,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tambah penjaga gol Johor Darul Ta’zim ini, beliau dan rakan-rakan sepasukan sudah bersedia jika diberi tanggungjawab oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe untuk turun dalam kesebelasan utama pada perlawanan malam ini.
“Kami semua sudah melakukan persiapan terbaik dan jika diberi peluang, kami akan memikul tanggungjawab itu. Saya sendiri juga sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.
“Kami percaya terhadap kerjasama berpasukan dan bukan hanya kemahiran individu kerana ia menjadi perkara paling utama untuk mengharungi perlawanan esok.
“Komitmen semua pemain berada pada tahap tertinggi dan kami tahu ini perlawanan terakhir kami sebelum ke peringkat seterusnya,” tambah Farizal.
Hadirnya Farizal pada sidang media semalam menguatkan lagi bahawa beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengawal pintu gol negara setelah posisi tersebut diisi oleh Khairul Fahmi Che Mat pada tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.
Farizal juga berharap peminat akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bagi memberikan sokongan padu kepada para pemain dan menyemarakkan semangat mereka.
“Penyokong sentiasa memainkan peranan besar terhadap kejayaan pemain, jadi saya sangat berharap mereka datang ke stadium dan memberi sokongan padu buat pasukan pada aksi terakhir peringkat kumpulan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan