Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 13 November 2018

MFL sedia ambil alih Liga FAM

KEVIN RAMALINGAM (kanan) bersama Stuart Ramalingam (dua kiri),

KEVIN RAMALINGAM (kanan) bersama Stuart Ramalingam (dua kiri), Marian Otamendi (dua kanan), Mohan Rajaratnam (tengah) dan Ivan Codina dalam majlis pembentangan rasmi Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia Asia di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersedia membantu dan menghulurkan jalan penyelesaian berhubung pe­nganjuran Liga FAM yang hanya di­sertai enam pasukan musim depan sekiranya diminta oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Liga FAM atau divisyen tiga masih sebahagian struktur bola sepak negara.
“Kajian perlu dibuat mengenai mengapa Liga FAM yang satu ketika ada sehingga 18 pasukan kini boleh tinggal hanya lima atau enam pasukan. Mungkin sesuatu perlu diubah dan diberi input baharu untuk pastikannya terus hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis pembentangan rasmi Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia Asia (WFSA) yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur pada 29 April tahun depan.
MFL buat masa ini menganjurkan dua divisyen utama Liga Malaysia - Liga Super dan Liga Perdana.
Kevin berpendapat, banyak pasukan menarik diri mungkin kerana suasana Liga FAM yang dianggap sudah mirip Liga Perdana atau separuh profesional sehingga menimbulkan banyak kesukaran kepada mereka.
Sementara itu, WFSA dijangka dihadiri 2,000 perwakilan dari 100 negara termasuk tokoh-tokoh berpengaruh industri bola sepak du­nia khususnya dari La Liga Sepanyol dengan temanya, ‘Titik Pertemuan Bola Sepak Asia’.
Turut hadir dalam majlis hari ini adalah Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam; Pengarah WFSA, Marian Otamendi; Ketua Pegawai Eksekutif WFSA, Mohan Rajaratnam dan Pengarah Urusan SEA La Liga, Ivan Codina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan