Kemenangan tersebut sememangnya amat ditagih memandangkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe akan menghadapi lawan yang lebih sukar selepas ini apabila bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi untuk menghadapi Vietnam pada Jumaat ini.
Selepas bertemu Vietnam, Harimau Malaya akan melayan kunjungan Myanmar di Bukit Jalil pada 24 November ini. - UTUSAN ONLINE