Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 November 2018

Kemas Kini: 34,643 Tiket Perlawanan Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia lwn Myanmar (8.30 mlm, Sabtu 24 Nov) Telah Terjual

KEMAS KINI : 34,643 TIKET PERLAWANAN PIALA SUZUKI AFF 2018, MALAYSIA LWN MYANMAR (8.30 MLM, SABTU 24 NOV) TELAH TERJUAL

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA SEBANYAK 34,643 KEPING TIKET BAGI PERLAWANAN TERAKHIR KUMPULAN A PIALA SUZUKI AFF 2018, MALAYSIA LWN MYANMAR DI STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL, 8.30 MALAM SABTU INI (24 NOVEMBER 2018) TELAH PUN TERJUAL SETAKAT PETANG TADI.

UNTUK MAKLUMAN, TIKET TEMPAT DUDUK GRANDSTAND BERHARGA RM30 TELAH PUN HABIS DIJUAL, BEGITU JUGA PENJUALAN SECARA ONLINE DI WWW.TICKETHOTLINE.COM.MY UNTUK SEMUA KATEGORI TIKET YANG TELAHPUN DITUTUP PETANG TADI SELEPAS MENCECAH KUOTA YANG DITETAPKAN.

JUSTERU, PENJUALAN TIKET DI KAUNTER KHAS DI WISMA FAM, KELANA JAYA, ESOK (KHAMIS, 22 NOVEMBER 2018)DARI 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG HANYA AKAN MEMBABITKAN TIKET TEMPAT DUDUK TERBUKA BERHARGA RM20 DAN TIKET KANAK-KANAK RM5

BEGITU JUGA UNTUK PENJUALAN DI KAUNTER TIKET PINTU A & E DI STADIUM NASIONAL PADA JUMAAT (23 NOVEMBER 2018) DARI 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG DAN PADA HARI PERLAWANAN, SABTU (24 NOVEMBER 2018) BERMULA 10.00 PAGI HINGGA SEPAK MULA PERLAWANAN (ATAU SEHINGGA TIKET HABIS TERJUAL), HANYA UNTUK TIKET TEMPAT DUDUK TERBUKA RM20 DAN TIKET KANAK-KANAK RM5.

BAGI PENYOKONG YANG SUDAH MEMBELI TIKET SECARA ONLINE, KAUNTER PENEBUSAN TIKET AKAN MULA DIBUKA, ESOK (KHAMIS, 22 NOVEMBER) HINGGA PADA HARI PERLAWANAN (SABTU, 24 NOVEMBER) DI KAUNTER TIKET PINTU D, STADIUM NASIONAL. RUJUK FACEBOOK TICKETHOTLINE UNTUK INFO TERKINI.

#FAM
#HARIMAUMALAYA
#AFFSUZUKICUP18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan