Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 23 November 2018

Kami tak takut dengan lautan penyokong Malaysia – Jurulatih Myanmar


Ketua jurulatih skuad kebangsaan Myanmar, Antoine Hey menyatakan beliau langsung tidak gentar dengan kehadiran penyokong tuan rumah yang ramai pada perlawanan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
“Kami mahu stadium dipenuhi dengan penyokong seramai mungkin. Lebih ramai, lebih bagus.
“Kami tak takut dengan penyokong yang ramai. Mereka bukannya boleh mendekati padang pun. Di atas padang ia adalah 11 menentang 11 dan itu yang paling penting.” katanya dalam sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Dan menjelang perlawanan keempat Kumpulan A esok, beliau tidak mahu mendedahkan pelan permainannya tetapi Antoine Hey menjelaskan Myanmar tidak bertandang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan satu mata.
“Saya tak mahu dedahkan perancangan saya disini, sebabnya ada jurulatih (Tan Cheng Hoe) disini. Tetapi tiada pasukan yang mampu bertahan dan hanya bermain untuk mendapatkan satu mata. Ia adalah 11 melawan 11 dan kami hanya bermain untuk menang.” tambahnya.
Jurulatih kelahiran Jerman ini juga telah meneliti aspek permainan Malaysia dan beliau sedia maklum mengenai persembahan Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF Suzuki edisi kali ini. Malah beliau turut memberikan beberapa komen mengenai persembahan Malaysia setakat 3 perlawanan ini.
“Malaysia tak mampu mencipta peluang walaupun menguasai bola. Agak bergelut ketika bermain (menentang Kemboja) di atas padang tiruan. Namun mereka tetap mempunyai kualiti dan kami perlu berhati-hati.” ujarnya kepada para media.
Antoine Hey sempat juga menepis soalan daripada media yang mengatakan pasukannya bakal menghadapi kesulitan bertemu Malaysia kelak kerana faktor keletihan untuk menghadapi 4 perlawanan berturut-turut manakala Malaysia pula mendapat rehat hampir seminggu.
“Saya juga telah merehatkan pemain-pemain untuk memastikan semua orang bersedia pada perlawanan ini kerana kami tahu ianya perlawanan yang penting. Saya tak fikir menghadapi 4 perlawanan dalam masa 12 hari merupakan satu kekurangan bagi kami.
“Awak juga boleh katakan Malaysia mempunyai kekurangan kerana telah hilang momentum setelah berehat selama seminggu, dan kami masih mengekalkannya.” tambahnya lagi.
Pada masa yang sama beliau sangat gembira berada di Malaysia dan memuji penginapan disini. Selain mengharapkan penyokong yang ramai membanjiri stadium, perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik memandangkan perebutan terbuka di antara 3 pasukan untuk mara ke saingan separuh akhir.
 Jangan lupa saksikan perlawanan Piala AFF Suzuki di saluran Fox Sports Asia #WearYourPride

Tiada ulasan:

Catat Ulasan