Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 24 November 2018

Hey akui pemain Myanmar 'gentar' penyokong Malaysia


ANTOINE Hey pada perlawanan menentang pasukan Malaysia dalam kumpulan A pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jurulatih Myanmar, Antoine Hey tetap menganggap aksi berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi sebagai aksi terbaik pemainnya walaupun terpaksa akur dengan kekalahan 0-3.
Kekalahan itu menyaksikan Myanmar tersingkir daripada saingan Piala AFF, sekali gus gagal mengulangi pencapaian kejohanan sama pada edisi 2016.
Hey menjelaskan, sorakan padu seluruh penyokong Harimau Malaya yang memenuhi segenap ruang stadium juga mempengaruhi persembahan anak buahnya.
"Tahniah dan selamat berjaya buat Malaysia yang mara ke separuh akhir. Ini aksi terbaik kami dan kami juga mendapat beberapa peluang untuk mencipta jaringan menerusi serangan balas.
"Namun kami dibolosi dengan jaringan Malaysia dan selepas itu kami juga cuba bangkit terutama di separuh masa kedua," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
"Kami dibarisi pemain muda dan mereka sudah melakukan yang terbaik. Tapi dengan atmosfera penyokong yang begitu ramai sedikit sebanyak mengganggu persembahan kami,” katanya.
Myanmar yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke peringkat seterusnya terpaksa akur apabila impian mereka dileburkan dengan jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha dan dua gol Zaquan Adha Abd Radzak.
Malaysia layak ke separuh akhir selepas muncul naib juara kumpulan, di belakang Vietnam yang menumpaskan Kemboja dalam aksi terakhir yang diadakan serentak, malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan