Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 18 November 2018

FAM tambah 2,000 tiket Sabtu ini

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah sejumlah 2,000 keping tiket perlawanan terakhir kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramali­ngam berkata, penyo­kong Harimau Malaya boleh men­da­patkan tiket tersebut dengan harga RM20 (tempat duduk terbuka) di cawangan Al-Ikhsan Sports sahaja, manakala pembelian dalam talian di www.tickethotline.com.my dibuka semula hari ini.
Setakat ini, jumlah keseluruhan tiket sudah terjual sebanyak 12,000 keping.
Stuart Ramali­ngam"Selain itu, FAM turut mengambil inisiatif tambahan bagi memudahkan para penyokong Harimau Malaya membeli tiket dengan membuka kaunter khas di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa ini (20 November) hingga Khamis (22 November) dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
"FAM juga dalam perbincangan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mendapatkan kebenaran membuka kaunter jualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini bersempena dengan cuti umum Maulidur Rasul bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong Harimau Malaya membeli tiket lebih awal.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas mendapat pengesahan," katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

STUART RAMALIANGAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan