Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 23 November 2018

FAM Dan PSM Bertelagah Mengenai Isu Jualan Tiket Online Piala AFF


Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan isu jualan tiket perlawanan Piala Suzuki AFF mencetus ‘perang’ antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
Baru-baru ini PSM menyuara­kan kekecewaan ke­rana tidak mendapat kerjasama daripada FAM untuk urusan jualan tiket berikutan rungutan daripada penyokong tempatan yang tidak berpuas hati dengan sistem jualan online.

“Penggunaan sistem tiket berteknologi tinggi ini telah digunapakai dan disyorkan oleh PSM kepada semua penganjur acara semenjak KL Sports City mula beroperasi semula semasa Sukan SEA 2017. Usaha ini telah mendapat sambutan baik pelbagai penganjur dan pengunjung acara.
“Namun, PSM kesal atas kesulitan yang dihadapi peminat bola sepak Malaysia atas keengganan FAM untuk bekerjasama dengan PSM dalam urusan sistem tiket bagi perlawanan AFF,” tulis PSM dalam satu kenyataan, Selasa lalu.
Sumber daripada Vocket FC melaporkan salah satu kelemahan sistem jualan tiket online tersebut ialah proses penebusan tiket yang ‘leceh’ kerana perlu beratur pula untuk menebus tiket dan proses ini tidak ubah seperti beratur membeli tiket secara konvensional, cuma tiket sudah pun menjadi milik pembeli.
Disebabkan itu, ada juga pembeli yang mempersoalkan kenapa TicketHotline sebagai penjual secara online tidak mengeluarkan tiket yang mempunyai Bar/QR Code dan tidak perlu ditebus sebelum memasuki stadium.

Kaunter penebusan tiket online Piala AFF. FOTO: Nizamachibald
FAM anggap tindakan PSM mengeluarkan kenyataan tersebut adalah tidak professional
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecewa dengan sikap tidak profesional Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung kenyataan pihaknya enggan bekerjasama sebagai punca wujudnya kesulitan dalam penjualan tiket perlawanan Piala AFF 2018.
Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam mengakui pihaknya kecewa dan menjelaskan sebab utama FAM tidak menggunakan perkhidmatan sistem tiket dalam talian yang disediakan oleh PSM kerana menelan kos yang mahal, selain mereka juga perlu menanggung kos sewa stadium.
“Pertama kali kita kecewa dengan komen yang dimuat turun di media sosial oleh PSM. Jika mereka mahu ‘cuci tangan’ tidak mahu terkena tempias dengan komen-komen pedas penyokong berhubung isu tiket itu, mereka boleh buat kenyataan ringkas dengan menyatakan sebarang isu tiket adalah dibawah tanggungjawab FAM.
“Ini tidak, muat naik komen seperti mahu memburukkan FAM. Perkara ini boleh dibincangkan antara kedua-dua pihak secara profesional kerana melibatkan pengurusan bukan dengan cara memuat naik dalam media sosial.
“Jika kami menjual 60,000 tiket dan caj jualan RM3, kami terpaksa membayar sebanyak RM180,000 kepada PSM, ia satu caj yang besar. Pada saya, kami tiada masalah untuk bekerjasama dengan PSM, tapi tindakan yang dilakukan tidak profesional,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan