Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 23 November 2018

Cheng Hoe mahu pemain bersabar




TAN Cheng Hoe (kiri) ketika sidang media menjelang pertemuan antara Malaysia dan Myanmar sempena Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe mengingatkan pemainnya supaya lebih bersabar ketika berdepan Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Malaysia turun dengan misi wajib menang untuk mara ke separuh akhir manakala skuad kendalian Antoine Hey hanya perlu seri untuk ke peringkat seterusnya.



Myanmar berkongsi tujuh mata dengan Vietnam namun menduduki tangga teratas menerusi perbezaan jaringan manakala Malaysia ketinggalan satu mata di tempat ketiga.
"Perlawanan itu bukan  mudah. Saya sudah mengingatkan pemain supaya sentiasa tenang.
"Myanmar pasukan yang kuat. Aksi mereka dalam tiga perlawanan terdahulu sangat memberangsangkan.
"Saya mahu pemain kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan ketika situasi kritikal dalam permainan.
"Amat penting untuk kita bersabar dalam semua aspek dan kemudian memanfaatkan  peluang dengan baik," kata Cheng Hoe dalam sidang media praperlawanan hari ini.
Pengendali berusia 50 tahun itu berkata, pasukannya perlu mengekalkan struktur dalam semua posisi bagi mengekang serangan balas pantas Myanmar.
"Mereka memiliki pemain yang pantas, kuat dan agresif, jadi kami perlu mengambil peluang dengan baik untuk mengelak daripada tertekan.
"Bagaimanapun saya yakin kehadiran penyokong akan membakar semangat pemain untuk beraksi baik lebih 100 peratus.
"Kami cukup bersemangat dan saya percaya kami boleh mendapat keputusan baik," kata Cheng Hoe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan