Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 1 November 2018

Akhyar, Safawi, Akif calon Pemain Muda Harapan ABK 2018

(Dari kiri) Safawi, Nik Akif dan Akhyar bersaing untuk kategori Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bo

(Dari kiri) Safawi, Nik Akif dan Akhyar bersaing untuk kategori Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18), Isnin ini.
KUALA LUMPUR - Dua pemain muda sensasi negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Muhammad Safawi Rasid serta pemain Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat bersaing untuk kategori Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18), Isnin ini.
Muhammad Akhyar, 19, yang beraksi bersama Kedah dan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 21 tahun itu, akan mencabar pemain Kelantan berusia 19 tahun  untuk anugerah berkenaan.
Muhammad Akhyar turut berada dalam senarai akhir bagi anugerah Penyerang Terbaik ABK18 bersama-sama Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC).
Muhammad Safawi pula turut tersenarai bagi kategori Pemain Tengah Terbaik bersama  Nik Akif Syahiran dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang muncul wira pasukan Perak apabila membantu skuad 'The Bos Gaurus' untuk menjuarai Piala Malaysia Sabtu lepas, merupakan antara calon untuk kategori Penjaga Gol Terbaik bersama-sama Farizal Marlias (JDT) dan Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United).
Menurut kenyataan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sebanyak 25 kategori telah disenaraikan bagi ABK kali ini, dengan tambahan kategori terbaharu, iaitu Pemain ASEAN Terbaik.
Sembilan daripada kategori itu telah melalui proses saringan oleh Jawatankuasa Saringan ABK18 dan seterusnya undian yang dilaksanakan oleh 23 ketua jurulatih, 23 ketua pasukan dan 23 wakil media.
"Kesemua kategori dan pencalonan yang berkenaan telah diteliti dan disenarai pendek kepada 10 orang calon untuk setiap kategori oleh Jawatankuasa Saringan ABK18 yang terdiri daripada enam ahli panel, termasuk Ketua Jurulatih Bawah-23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mewakili Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," menurut kenyataan itu.
ABK18 yang akan berlangsung di sebuah hotel di sini pada Isnin, akan disiar secara langsung bermula 9 malam di saluran Football Malaysia iflix dan Astro Arena. - Bernama
 
Berikut merupakan tiga calon terakhir bagi setiap kategori:
 
Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United).
 
Pertahanan Terbaik: Matthew Davies (Pahang), S. Kunanlan (JDT) dan Shahrul Saad (Perak).
 
Pemain Tengah Terbaik: Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Muhammad Safawi Rasid (JDT).
 
Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah) dan Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC).
 
Jurulatih Terbaik: B. Sathiananthan (Felda United FC), Dollah Salleh (Pahang) dan Mehmed Durakovic (Perak).
 
Pemain Import Terbaik: Gonzalo Cabrera (JDT), Lee Tuck (Terengganu) dan Rufino Segovia (Selangor).
 
Pemain ASEAN Terbaik: Faris Ramli (PKNS FC), Hariss Harun (JDT) dan Safuwan Baharudin (Pahang).
 
Pemain Muda Harapan: Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan) dan Muhammad Safawi Rasid (JDT).
 
Penyokong Terbaik: JDT, Kedah dan Pahang.
 
Media Sosial Terbaik: JDT, Selangor dan Terengganu FC.
 
Laman Sesawang Terbaik: JDT, Selangor dan Terengganu FC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan