Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 30 pemain muda yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-21 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 29 November hingga 9 Disember 2018.
Kem latihan pusat tersebut adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 2018 di Nah Trang City, Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 19 Disember 2018.
Senarai pemain skuad bawah 21 tahun yang dipanggil ke latihan pusat.
Gabungan muka baharu dan berpengalaman
Dalam senarai 30 orang pemain tersebut, hanya 3 orang pemain yang beraksi dalam saingan Sukan Asia di Indonesia bulan lalu telah dipanggil termasuk 4 orang pemain yang beraksi dalam saingan AFC B-19 dibawah kendalian Bojan Hodak.
Antara muka baharu yang kurang dikenali dan mungkin agak asing dalam kalangan pemain tempatan ialah Jordon Ollerenshaw dari kelab St George. Beliau merupakan anak kepada bekas pemain Australia dan pemain import Sabah iaitu Scott Ollerenshaw.
Hanya 20 pemain terbaik akan dibawa ke Vietnam
Barisan pemain ini akan menjalani latihan pusat selama 10 hari di Wisma FAM, kemudian jumlah itu akan dikurangkan kepada 20 pemain terbaik untuk dibawa ke Nah Trang City bagi menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 2018.
Mereka juga dijadualkan berlepas ke Vietnam pada 10 Disember dan kembali ke tanah air pada 19 Disember 2018.
Sesi latihan skuad B-23 di China bulan Januari lalu. Foto: Facebook FAM.
Kejohanan Piala Newspaper merupakan medan untuk menguji pemain baharu bagi membentuk barisan yang mantap sebelum menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020.
Kali terakhir Malaysia bertanding dalam Piala Newspaper adalah pada tahun 2014. Malaysia juga berjaya menjulang piala kejuaraan tersebut pada tahun 2012, ketika itu juga di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan