📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download, https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...
Selasa, 30 Oktober 2018
MENINGKATKAN MUTU PENGADILAN : .
“Pihak MFL akan menghantar 25 pengadil tempatan baharu ke Jepun bagi mengasah kualiti mereka. Badan Bebas Pengadil ini akan disertai pengadil tempatan, pengadil asing dari Jepun, England dan beberapa negara Eropah lain. “Kesemua pengadil tempatan dan asing akan berkerjasama bagi meningkatkan standard. Kami juga merancang untuk mengadakan kursus pengadil yang dikendalikan bekas pengadil Liga Perdana Inggeris,” jelas Tunku Ismail yang merupakan bekas Presiden FAM.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mengkritik mutu pengadilan Suresh dalam perlawanan akhir yang lalu yang dianggap gagal mengawal perlawanan.
Pada masa sama, TMJ turut menegaskan bahawa MFL tidak terlibat dengan pemilihan Suresh sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini, sebaliknya ia adalah keputusan Jawatankuasa Pengadil FAM dan TMJ turut menambah bahawa penggunaan pengadil dari luar untuk perlawanan penting seharusnya dipraktikkan dari dulu demi memperbaiki mutu pengadilan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan