Skuad negara tewas 0-2 kepada China pada aksi terakhir malam ini. - Foto FAM
BOGOR (Indonesia) - Malaysia tersingkir daripada saingan bola sepak bawah 19 tahun Konfederasi Bola Sepak Asia 2018 (AFC U19), selepas menduduki tempat tercorot Kumpulan D.
Pada perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Pakansari, Bogor itu, Malaysia tewas 0-2 kepada China, di sini malam ini.
Gol China dijaringkan Tao Qianlong pada minit ke-44 dan Xu Yue pada minit ke-58.
Dalam satu lagi aksi perlawanan Kumpulan D di Stadium Patriot Chandrabhaga di Bekasi, Arab Saudi menewaskan Tajikistan 3-1.
Sebelum sepak mula, Malaysia perlu menang sambil mengharapkan Tajikistan tewas untuk menduduki tempat kedua peringkat kumpulan dengan kelebihan jaringan.
Pada saingan suku akhir Isnin ini, Arab Saudi akan bertemu Naib Juara Kumpulan C, Australia, manakala Tajikistan akan bertemu Juara Kumpulan C, Korea Selatan.
Dalam dua lagi aksi suku akhir, Naib Juara Kumpulan A, Indonesia akan bertemu Juara Kumpulan B , Jepun, manakala Juara Kumpulan A, Qatar bertemu Naib Juara Kumpulan B, Thailand. - Bernama
Antara aksi pemain negara ketika menentang China malam ini. - Foto FAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan