Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 22 Julai 2018

[VIDEO] Bincang sebelum buat keputusan – Syed

KUALA LUMPUR 22 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan exco-exco sukan negeri terlebih dahulu sebelum mencapai sebarang keputusan mengenai isu mengenai kemungkinan pasukan bola sepak negara menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Asia di Jakarta-Palembang bulan depan.

SYED SADDIQ


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga akan bertemu dengan jurulatih skuad bola sepak bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee bagi mencari jalan penyelesaian.
Tambahnya, perbincangan itu amat penting bagi memastikan keputusan tepat diambil bagi menangani isu tersebut namun Syed Saddiq ketika mengulas isu ini tidak menyatakan bila perbincangan tersebut akan diadakan.
“Saya akan bertemu Kim Swee bagi berbincang tentang hal ini, malah saya juga dalam proses untuk berjumpa exco sukan setiap negeri.

Video Oleh ANUAR MANSOR

“Kita akan panggil mereka, duduk dan berbincang bagi mencari penyelesaian bersama isu ini bagi kepentingan sukan negara. Mengambil tindakan segera tanpa berdialog (dengan semua pihak) terlebih dahulu akan (mendatangkan kesan) jauh lebih teruk,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali Ke-5 MBM di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan kesukaran mengumpulkan pemain bagi menghadapi Sukan Asia 2018 mungkin mendorong jurulatih skuad B-23 itu mengambil tindakan drastik untuk menarik diri da­ripada temasya yang berlangsung empat tahun sekali tersebut.
Kata Kim Swee, beliau tidak punya pilihan lain sekiranya beberapa pasukan tetap berkeras enggan melepaskan pemain mereka memandangkan Sukan Asia yang berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September bertembung dengan Piala Malaysia.
Mengikut peraturan, setiap pasukan perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 18 pemain sebagai syarat untuk ke temasya tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan