Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 24 Julai 2018

Undian semula Sukan Asia esok


KUALA LUMPUR: Undian semula bagi acara bola sepak lelaki di Sukan Asia Jakarta-Palembang akan diadakan esok, kata jurucakap Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Undian semula itu terpaksa dijalankan selepas nama dua negara yang sepatutnya menyertai acara berkenaan, tidak ada ketika sesi undian bulan lalu.
Justeru, undian semula itu akan diadakan di ibu pejabat AFC di Bukit Jalil, jam 3 petang esok.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin tidak ada ketika undian pertama 5 Julai lalu meskipun kedua-dua negara itu sudah menghantar penyertaan masing-masing.
Kehadiran UAE dan Palestin akan menyaksikan negara yang bertanding meningkat kepada 26 pasukan.
Empat kumpulan akan memiliki empat pasukan sementara dua kumpulan lagi dilengkapkan dengan lima pasukan.
Setiap pasukan yang bertanding boleh menurunkan tiga pemain berusia 23 tahun.
Undian sebelum ini menyaksikan skuad negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bertemu juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan