Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 23 Julai 2018

Tunggu saja Isnin ini


TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi (kanan) dan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, bercakap pada sidang media di Wisma FAM Kelana Jaya. - Foto Mahzir Mat Isa

KELANA JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi enggan membuat sebarang andaian mengenai tindakan yang boleh diambil ke atas pasukan yang enggan melepaskan pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.
Sebaliknya, Yusoff menjelaskan perkara terbaik adalah menunggu sehingga hari pertama pemain yang dipanggil melaporkan diri, Isnin ini.
"Datuk Ong Kim Swee (jurulatih skuad B-23) sudah menghantar senarai pemain kepada setiap pasukan yang terbabit dan kita kena tunggu 30 Julai (Isnin), barulah kita tahu siapa yang tak datang.
"Jadi kita tidak boleh buat andaian siapa yang tak akan hantar (lepaskan) pemain sebelum tarikh itu. Kalau ada pasukan tak hantar kita akan ambil tindakan susulan seperti mengadakan perbincangan atau sebagainya.
"Berdasarkan situasi sekarang ini, saya tidak nampak ada pasukan yang akan menarik diri atau tidak benarkan pemain untuk menyertai skuad negara," kata Yusoff yang juga pengurus pasukan B-23 pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.
Kim Swee sebelum ini meluahkan kebimbangan untuk mengumpul pemain yang dipanggil bagi menyertai Sukan Asia Jakarta-Palembang yang akan berlangsung bulan depan kerana tarikh kejohanan itu bertembung dengan kempen Piala Malaysia.
Malah, terdapat laporan skuad Kim Swee mungkin terpaksa menarik diri daripada kejohanan terbabit jika gagal mengumpulkan sekurang-kurangnya 18 pemain.
Namun, Kim Swee tampak sudah boleh menarik nafas lega apabila beberapa pasukan sudah menyatakan kesediaan untuk melepaskan pemain mereka yang dipanggil termasuk dari Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan sama, Yusoff menjelaskan Kim Swee turut bimbang kemungkinan berlaku undian semula acara bola sepak yang dilihat boleh mengganggu perancangan awal pasukan. 
"Dari segi persiapan pasukan saya nampak memang ada sedikit kegusaran, tapi kita harap yang terbaik. Ia kerana jadual aksi persahabatan kita sudah susun dan Sukan Asia sudah semakin hampir.
"Tapi kita tidak boleh buat apa-apa, kita perlu teruskan dan menerima apa saja keputusan nanti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan