Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 9 Julai 2018

TMJ minta FAM kaji hukuman Pahang

PENGERUSI Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin
KUALA LUMPUR: Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula hukuman tidak membenarkan Pahang memohon lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Ia susulan skuad bimbingan Dollah Salleh itu muncul juara Piala FA, sekali gus melayakkan mereka beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara (ACL) musim depan.
Pasukan yang menerima jolokan Tok Gajah itu bagaimanapun tidak boleh mewakili negara ke kejohanan tertinggi Asia itu sekiranya tidak mendapat lesen AFC.
Menerusi kenyataan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), semalam, peluang untuk Pahang beraksi di ACL tampak lebih cerah, namun tetap bergantung kepada keputusan FAM.
"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang atas kejayaan menjuarai Piala FA 2018 (selepas) menewaskan Selangor.
"Lazimnya dengan kejayaan itu, Pahang layak untuk mewakili negara di peringkat Asia iaitu pusingan kelayakan ACL pada tahun depan.
"Oleh itu, demi semangat kesukanan, saya berharap FAM mengkaji semula hukuman yang dikenakan terhadap Pahang sebelum ini," kata TMJ dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu, Johor Southern Tigers, semalam.
Sebelum ini, FAM menawarkan tempat untuk Pahang beraksi di Piala AFC sebagai pengganti juara Piala FA musim lalu, Kedah yang gagal mendapatkan lesen AFC.
Tindakan Pahang menolak tawaran itu menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan tunggal dari Malaysia yang beraksi di Piala AFC. 
Susulan daripada itu, Pahang dikenakan hukuman tidak boleh memohon lesen AFC selama dua tahun oleh FAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan