Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 18 Julai 2018

Skuad B-16 elak kumpulan maut Kejohanan AFF


KUALA LUMPUR: Biarpun diundi bersama juara tiga kali Thailand dalam saingan Kumpulan B, peluang skuad bawah 16 tahun negara (B-16) kendalian Lim Teong Kim untuk melepasi pusingan awal Kejuaraan AFF B-16 di Surabaya, Indonesia hujung bulan ini tampak cerah.
Saingan kumpulan itu dilihat lebih mudah apabila hanya membabitkan Singapura, Brunei dan Laos berbanding Kumpulan A yang menyaksikan pasukan tuan rumah berdepan juara bertahan, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Timor-Leste dan Filipina.
Skuad muda negara akan memulakan kempen bertemu Laos pada 30 Julai ini, diikuti aksi menentang Brunei (3 Ogos), Singapura (5 Ogos) dan Thailand (7 Ogos) dengan keempat-empat perlawanan akan berlangsung di Stadium Joko Samudro, Surabaya.
Sekiranya Malaysia, juara 2013 layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung 9 Ogos manakala aksi final dan penentuan tempat ketiga/keempat pula dijadualkan pada 11 Ogos.
Sebagai persiapan, Teong Kim sudah mengadakan tiga perlawanan persahabatan untuk menguji barisan pemainnya.
Mereka berjaya mengatasi skuad B-16 Indonesia 4-3 pada 6 Julai lalu tetapi kalah dua kali kepada skuad B-16 Korea Selatan dengan keputusan 0-2 dan 0-4 (11 dan 17 Julai). 
Sebelum bertandang ke Surabaya, Malaysia akan bertemu skuad B-16 Kemboja pada 20 Julai dan skuad India B-16 (23 dan 26 Julai) dalam tiga lagi aksi pemanas badan.
Kejohanan AFF juga bakal menjadi pengukur kepada kemampuan skuad negara dalam misi menamatkan kempen selaku empat pasukan terbaik di Kejuaraan AFC B-16 September ini bagi melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan