Katanya, sasaran tersebut ti­dak mustahil untuk dicapai memandangkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu telah mara ke pusingan yang sama pada Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China awal tahun ini.
“Pasukan ini telah ber­aksi cemerlang pa­da kejohanan AFC B-23 yang lalu dengan mara ke peringkat suku akhir. Justeru, ia adalah sasaran realistik dile­tak­kan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak kami,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan de­ngan wakil FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya yang turut disertai oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.
Mengulas lanjut, Azim turut pe­ka de­ngan kemelut yang melanda FAM dan ba­risan kejurulatihan skuad B-23 ketika ini kerana dilaporkan ada beberapa pemain yang dipanggil tidak mendapat pelepasan pa­sukan masing-ma­sing.
“Ketika ini saya boleh sahkan bahawa kami masih belum mendaftarkan nama pemain-pemain bola sepak yang terpilih untuk mewakili negara pada Sukan Asia nanti.
“FAM mengusulkan supaya ka­mi menunggu pengesahan pada 30 Julai nanti apabila sesi latihan rasmi mereka bermula. Apa yang pasti, ia perlu dilakukan segera kerana pihak Jawatankuasa Pe­nganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) menyatakan tarikh tu­tup pendaftaran adalah pada 3 Ogos depan,” tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Azim mengakui tidak terlalu risau dengan soal keselamatan atlet yang akan berpusat di Jakarta dan Palembang kerana telah berhubung rapat dengan pihak Kedutaan Malaysia di sana.
“Keselamatan atlet adalah per­kara paling mustahak buat saya. Justeru, kami telah berkomunikasi dengan INASGOC dan kedutaan Malaysia di Jakarta untuk mengetahui status lanjut soal ke­selamatan di sana.
“Kami juga bekerjasama de­ngan Polis Diraja Malaysia (PDRM) me­ngenai kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku supaya ia boleh dielakkan nanti,” katanya.