Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 6 Julai 2018

Pemain Fiji mampu menyerlah di Liga M

Ketua jurulatih pasukan bola sepak Fiji, Christophe Gamel (kiri) bercakap pada sidang media pra Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Kelas 'A' di wisma FAM, 4 Julai lalu.Turut sama ketua opasukan Fiji, Zibraaz Sahib (kanan). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jurulatih Fiji, Christophe Gamel melontarkan keyakinan beberapa pemain dari kepulauan itu mampu menyerlah jika diberi peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Christophe berkata, beberapa pemain yang diturunkan memiliki asas kemahiran yang baik dan dengan organisasi serta disiplin, kelompok pemain itu akan ditawarkan kontrak profesional pada masa akan datang.
"Saya lihat ada antara mereka yang mungkin tidak berdepan masalah untuk beraksi dalam Liga M contohnya pemain pertahanan kami.
"Mereka memiliki susuk tubuh fizikal yang baik dan pemain sebegini sukar ditemui dalam saingan liga di sini," katanya pada sidang media, malam tadi.
Pada aksi persahabatan kelas A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Fiji tewas tipis 1-0 di tangan pasukan kebangsaan menerusi jaringan tunggal Syafiq Ahmad pada minit ke-19.
Mengulas lanjut aksi bertemu skuad Harimau Malaya itu, Christophe mengakui dia terpaksa melakukan perubahan taktikal pada separuh masa kedua untuk berhadapan dengan corak permainan menguasai bola yang ditampilkan Malaysia.
"Keadaan perlawanan memaksa saya mengubah taktikal kerana nombor 10 (Nazmi Faiz Mansor) sentiasa memberi masalah kepada pasukan saya.
"Perancangan ditukar supaya perlawanan kembali stabil dengan mengarahkan pemain saya mengikut pemain Malaysia bagi menyekat mereka melakukan hantaran pantas dan pendek.
"Namun, inilah perbezaan antara pemain amatur dan profesional. Saya kecewa dengan kekalahan ini namun gembira dengan cara kami bermain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan