Bagaimanapun, hanya aksi 20 minit pertama pasukan negara mempamerkan permainan yang menarik manakala baki 70 minit lagi aksi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe agak membosankan.
Gol kemenangan skuad negara dijaringkan oleh Shafiq Ahmad pada minit ke-20 selepas mendapat hantaran lintang cantik daripada Syazwan Zainol.
Terdahulu Malaysia menamatkan kemarau kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir sejak penghujung 2016 dengan membelasah Bhutan 7-0 pada 1 April lalu.
Selepas ini Harimau Malaya akan menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan bertemu Taiwan pada 7 September depan, Kemboja (11 September), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November). - UTUSAN ONLINE